‘Alhamdulillah saya kini cuma menanti hari bahagia tiba’ – Syafiq Kyle

0
3

PELAKON Syafiq Kyle dan kekasihnya, Mimi Lana dijangka akan menamatkan zaman bujang mereka selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Syafiq berkata, segala persiapan menuju hari bahagianya juga sudah hampir siap dan berjalan lancar.

“Doakan saya. InsyaAllah selepas Aidilfitri, kita lepaskan bulan puasa dan hari raya terlebih dahulu.

“Alhamdulillah saya kini cuma menanti hari bahagia saja. Bukan nak cakap persiapan sudah 100 peratus siap tapi semuanya dalam keadaan terkawal,” katanya.

Menurut Syafiq, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan percaya mereka mampu menjalani kehidupan rumah tangga dengan harmoni.

“Saya dengan pasangan dah lama kenal. Jadi nak ke fasa seterusnya, saya rasa lebih tersusun dan mampu menguruskan masa dengan baik.

“Pengalaman juga banyak membantu kami. Jadi tiada masalah untuk memikul tanggungjawab ini.

“Tambahan selepas berkahwin aktiviti seni akan berjalan seperti biasa. Pihak produksi pun faham dengan jadual kerja kami berdua,” katanya.

Pada 21 Januari lalu, Syafiq bersama keluarganya merisik Mimi dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman pelakon itu.

Sebelum ini, Syafiq memberitahu bahawa 2023 adalah tahun dirinya bakal menamatkan zaman bujang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here