Tak dijemput: MUDA tidak tandatangani perjanjian pakatan Kerajaan Perpaduan

0
4

HANYA parti dengan tiga atau lebih Ahli Parlimen yang menandatangani perjanjian pakatan Kerajaan Perpaduan dijemput ke Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Selasa lalu.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata atas sebab itu Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak dijemput ke Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang diadakan kali pertama itu.

Katanya, perjanjian pakatan itu ditandatangani Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan.

“Mesyuarat itu hanya untuk menandatangani perjanjian. Walaupun MUDA sebahagian Kerajaan Perpaduan, hanya parti mempunyai tiga atau lebih ahli Parlimen adalah penandatangan (perjanjian),” katanya memetik Berita Harian.

Rafizi mengulas luahan Setiausaha Agung MUDA, Amir Abd Hadi menerusi ciapan Twitter, yang menyuarakan rasa terkilannya kerana tidak diundang menghadiri mesyuarat pertama berkenaan.

Amir menjelaskan MUDA tidak menerima sebarang jemputan termasuk menerusi surat, mesej atau emel.

“Saya, Setiausaha Agung parti. Kalau ada sebarang komunikasi, sudah tentu melalui saya.

“Tidak ada surat, mesej, e-mel yang diterima. Kami hanya tahu ia berlangsung dari media,” katanya di Twitter, semalam.

Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan kali pertama dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihadiri semua pemimpin parti membentuk Kerajaan Perpaduani berlangsung di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here