PEMBANTU jurulatih dan penganalisis video Kelantan FC, Pol Corpas Cuatrecasas dilapor memeluk agama Islam semalam.
Perkara itu disahkan kelab tersebut menerusi hantaran di Facebook dengan Pol Carpas kini akan menggunakan nama Abu Bakar.
“Pembantu jurulatih dan penganalisis video Kelantan Football Club, Pol Corpas Cuatrecasas memeluk agama Islam pada hari ini (semalam(, yang disyahadahkan oleh pemilik kelab TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman di Hotel Zamburger Kota Warisan.
“Abu Bakar yang sudah bersama skuad The Red Warriors sejak musim 2021 sehingga kini masih setia berkhidmat dalam barisan kejurulatihan TRW Kelantan FC bagi saingan Liga Super 2023,” kata kelab itu.
Sementara itu, Norizam menjelaskan tiada paksaan kepada sesiapa sahaja untuk kembali kepada fitrah.
“Benarlah hidayah itu milik Allah. Nama baru Pol Carpos adalah Pol Abubakar Corpas Cuatrecasa. Mulai esok saya nak panggil dia Abu Bakar,” katanya. – Malaysiapost

