Sultan Johor sumbang AS$1 juta dolar untuk Turkiye, Syria

0
3

SULTAN Ibrahim Iskandar, berkenan mengurniakan bantuan berjumlah AS$1 juta kepada kerajaan Turkiye dan Syria.

Dalam satu hantaran di Facebook, Sultan Johor bertitah kurniaan tersebut diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam satu sidang media semalam.

“Pada sidang media itu, Perdana Menteri turut mengumumkan kerajaan bersetuju untuk menyalurkan jumlah sama kepada negara berkenaan,” tulis hantaran itu.

Terdahulu, media melaporkan Malaysia menyalurkan bantuan berjumlah lebih AS$2 juta kepada Turkiye dan Syria berikutan kejadian gempa bumi dahsyat melibatkan kedua-dua negara itu pada Isnin lalu.

Perdana Menteri berkata, daripada jumlah itu, sebanyak AS$1 juta adalah daripada Kerajaan Malaysia, manakala AS$1 juta lagi adalah sumbangan Sultan Ibrahim Iskandar.

Pada masa sama, beliau berkata, Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAIWP) turut menyalurkan bantuan sebanyak RM10 juta. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here