Banjir semakin pulih

0
4
Penduduk-penduduk membersihkan persekitaran rumah masing-masing yang terkesan akibat banjir semalam di Bukit Belacan Lembah Jaya Utara, Ampang hari ini.

KEADAAN banjir di empat negeri yang masih terjejas dilaporkan semakin baik dengan hanya 411 mangsa daripada 124 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 4 petang tadi.

Berdasarkan laporan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), mangsa banjir di Pahang terkini adalah seramai 339 orang daripada 103 keluarga membabitkan daerah Kuantan sahaja.

Johor pula mencatatkan 26 mangsa daripada sembilan keluarga membabitkan daerah Segamat (26 mangsa), manakala di Kelantan seramai 28 mangsa daripada enam keluarga di daerah Pasir Mas.

Mangsa banjir di Kedah juga tidak mencatatkan perubahan dengan seramai 18 mangsa daripada enam keluarga dipindahkan di daerah Kulim.

Secara keseluruhan sebanyak sembilan PPS masih aktif membabitkan enam di Pahang masing-masing satu di Johor, Kedah dan Kelantan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here