6 maut van persiaran terbabas ketika turun Genting Highlands

0
2

ENAM dilaporkan maut, manakala lapan lagi cedera apabila van persiaran yang dinaiki terbabas ke sisi jalan di Kilometer (KM) 4.8 jalan turun Genting Highlands tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, dalam satu kenyataan memaklumkan bomba menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada jam 1.15 tengah hari tadi.

Menurutnya, susulan itu sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting Highlands dikejarkan ke lokasi kemalangan bagi operasi menyelamat.

“Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mohd Saufi Zakarian melaporkan, seramai 14 mangsa keseluruhan yang terdiri daripada 12 orang wanita dewasa serta dua lelaki dewasa menaiki kenderaan tersebut.

“Enam daripadanya maut di lokasi akibat kemalangan terbabit,” katanya.

Beliau berkata, bomba kemudian bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat sebelum mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dihantar ke hospital.

“Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here