Noh sedia ceramah di pentas Bersatu, PAS

0
3

BEKAS Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar menyatakan kesedian menjadi penceramah bebas untuk PAS atau Bersatu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Noh yang dipecat daripada Umno pada 28 Februari lalu berkata, beliau yang kini sedang ‘berehat’, terbuka menerima jemputan mana-mana parti termasuk Umno sebagai penceramah bebas.

“Sekarang saya tengah berehat, tetapi yang pasti saya jadi penceramah bebas.

“Bersatu nak jemput saya bagi ceramah masa PRN nanti, saya akan bagi ceramah. Kalau PAS nak jemput pun saya akan datang. Kalau Umno sudi nak jemput, jemputlah..tiada masalah,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, selain Noh, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno turut memecat bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pemecatan itu dibuat kerana pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan Umno serta kesalahan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Selain itu, empat pemimpin lain iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Shahril Sufian Hamdan digantung keahlian selama enam tahun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here