Rancang perjalanan ketika perarakan pedati Thaipusam – Polis

0
3
KUALA LUMPUR, 5 Mei -- Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini. Polis melumpuhkan sindiket menggunakan dokumen palsu untuk permohonan pembiayaan peribadi membabitkan kerugian RM4.7 juta selepas lapan lelaki termasuk enam pegawai institusi kewangan ditahan dalam operasi pada Sabtu lepas. Beliau berkata kesemua mereka ditahan dalam operasi berasingan sekitar Lembah Klang dan polis merampas lapan telefon bimbit serta beberapa slip gaji peminjam yang disyaki terbabit dalam kes itu. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

ORANG ramai diminta merancang perjalanan atau laluan alternatif ketika perarakan pedati (Chariot) sempena sambutan Thaipusam di Batu Caves, Isnin ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, beberapa laluan akan ditutup dan dilencongkan sempena perarakan pedati terbabit bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam pada hari itu.

Jelasnya, orang ramai dinasihatkan tidak mengganggu semasa perarakan itu berlangsung.

“Antara laluan ditutup atau dilencongkan iaitu Jalan Tun H S Lee, Jalan Sultan, Jalan Tan Cheng Lock, Jalan Perak/Pudu, Jalan Lebuh Ampang dan Jalan Munshi Abdullah.

“Turut terlibat Jalan Dang Wangi, Jalan Raja Laut, Jqlan Sri Amar, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak dan Jalan Tun Razak di kedua-dua arah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Azmi berkata, seramai 682 anggota polis Kuala Lumpur ditugaskan mengawal lalu lintas dan kelancaran pedati berkenaan.

Semalam, perarakan pedati (Chariot) telah berlangsung bermula di Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H S Lee ke Kuil Subremaniam, Batu Caves pada jam 10 Malam (Jumaat) hingga 4 pagi (Sabtu). -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here