Tengku Permaisuri Selangor hadir konsert Melly Goeslow pakai seragam sekolah

0
3

KEHADIRAN Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mengenakan seragam sekolah ketika menghadiri konsert penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw malam tadi, berjaya mencuri tumpuan ramai pihak.

Menerusi video berdurasi 26 saat yang tular di media sosial memaparkan Tengku Permaisuri Norashikin tampak persis pelajar sekolah memakai seragam kurung putih, kain biru dan menggalas beg sekolah.

Pada konsert Melly Goeslaw yang bertempat diDewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pihak penganjur menetapkan tema pakaian adalah ‘pakaian sekolah’.

Rata-rata netizen memuji sikap ‘sporting’ Tengku Permaisuri Norashikin yang mengikut tema pakaian bagi memeriahkan lagi konsert yang berlangsung selama dua hari itu.

”Comelnya Tengku Permaisuri Selangor sangat sempoi pakai juga baju sekolah. Siap galas beg. Kalau bukan ada bodyguard memang ingat budak sekolah,” kata seorang pengguna Facebook.

“Sekali imbas macam Permaisuri Agong guru besar, Tengku Norashikin dan Fazura pelajar. Tersenyum sendiri tengok video ni,” kata Linda Hisham.

Turut dilihat mencemar duli dalam memeriahkan konsert tersebut ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Di dalam satu video, kelihatan Raja Permaisuri Agong berarak masuk ke dewan bersama Tengku Permaisuri Norashikin serta beberapa barisan selebriti lain.

Antaranya ialah, Fattah Amin dan isterinya, Fazura yang dilihat turut memakai pakaian sekolah.

Konsert ‘Ada Apa Dengan Melly?’ (AADM) merupakan konsert pertama Melly Goeslow di Kuala Lumpur bermula semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here