Kes lucut hak wang Umno Johor bulan depan

0
2

PERMOHONAN pihak pendakwaan bagi melucut hak wang RM677,872.55 milik Badan Perhubungan Umno Johor, akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 24 November depan.

Peguam Syahrul Syazwan Salehin yang mewakili Umno Johor berkata, permohonan itu sepatutnya didengar hari ini di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin.

Bagaimana ia dilapangkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur yang berkuat kuasa sehingga 27 Oktober ini.

“Pendengaran (permohonan) ditetapkan pada 24 November 2020,” katanya memetik laporan Bernama.

Wang yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada badan parti politik itu didakwa berkaitan dengan skandal penyelewangan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Permohonan lucut hak itu difailkan pendakwaan selaku pemohon terhadap Umno Johor, yang dinamakan responden mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Sebelum ini, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya dilaporkan berkata, agensi itu memfailkan permohonan terhadap 41 responden untuk mendapatkan semula kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

SPRM percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – Malaysiapost