SPEAKER Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul menafikan dakwaan anaknya dilantik sebagai pegawai khas untuk membantunya di Parlimen.
“Tiada isu. Anak saya tidak dilantik mana-mana jawatan buat masa ini,” katanya menurut laporan The Star.
Beliau berkata demikian menjawab dakwaan pemimpin Bersatu, Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard yang mendakwa Johari melantik anaknya sebagai pegawai Parlimen.
Badrul Hisham mendakwa Johari dipercayai melantik anaknya bernama Mohammed Iqbal sebagai Pegawai Tugas Tugas Khas (PTTK) kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Katanya, lebih mencurigakan lagi apabila sebelum ini dalam direktori Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat jawatan PTTK 1 tertera nama ‘Mohammed Iqbal bin Johari’ namun selepas kes lantikan Nurul Izzah Anwar menjadi isu, nama pegawai berkenaan hanya diletak sebagai ‘Mohamed Iqbal’. – Malaysiapost

