Wawa sebak dapat hadiahkan rumah untuk mak, ayah

0
3

TIDAK dapat menahan sebak, pelakon dan ahli perniagaan berjaya Wawa Zainal menitiskan air mata kesyukuran apabila dapat menghadiahkan sebuah rumah buat ibu dan bapanya.

Menerusi video di TikTok, Wawa berkongsi kegembiraan berkenaan  apabila dapat memujuk ibu dan bapanya yang berada di Sabah untuk menetap di Semenanjung.

Pemilik nama sebenar, Nur Hawa Zainal Abidin juga berkongsi klip mengubahsuai rumah berkenaan daripada sebuah rumah yang kelihatan lama kepada sebuah kediaman berwajah baru dan mewah.

“Akhirnya mak bapak setuju duduk Semenanjung. Ni la hadiah kecil kami buat mamak dan bapak,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

Sementara itu, suami Wawa, Aeril Zafrel yang juga seorang pelakon turut berkongsi kegembiraan di media sosial apabila ibu dan bapa mentuanya setuju untuk tinggal berhampiran dengan mereka. 

Aeril turut meluahkan rasa sebak melihat kebahagiaan isterinya bersama orang tuanya.

“Sayangku Wawa, izinkan aku menumpang kasih orang tua mu… Al-fatihah buat ayah ibuku,” tulisnya.

Tambah Aeril, mereka berdua bersyukur dan gembira apabila berhasil memujuk orang tua Wawa, lantas membeli rumah.

“Bila mereka setuju, terus kami belikan rumah untuk mereka. Mula-mula nak beli dua tingkat, tapi fikir-fikir sebab faktor usia dan hanya duduk berdua, kami carikan rumah setingkat,” katanya.

Video TikTok berkenaan mendapat pujian netizen, yang rata-ratanya terharu dan bangga dengan melihat kesungguhan Wawa membahagiakan orang tuanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here