Dituduh fitnah Sophia AlBarakbah, Bella Astillah nekad dedah perbualan Whatsapp

0
3

PELAKON Bella Astillah mengambil keputusan berkongsi tangkap layar dipercayai perbualan Whatsapp bersama seorang pelakon wanita, selepas dituduh sengaja memfitnah mengenai kontroversi melibatkan rumah tangganya.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 29, berkata pendedahan tersebut dibuat selepas ada pihak yang mendakwa dia menfitnah pelakon Sophia AlBarakbah, mengganggu suaminya Aliff Aziz.

“Kenapa lari dan tidak datang sidang akhbar tadi? Kepada yang cakap saya fitnah, saya maafkan awak,” katanya dalam hantaran di Instagram.

Kata Bella, dia tidak sewenang-wenangnya berkongsi perkara tidak benar kepada umum.

Tambahnya, tangkap layar yang dimuat naik dalam entri itu hanyalah 10 peratus daripada keseluruhan bukti perbualannya dengan Sophia.

“Sayalah orang yang paling takut nak cakap benda yang tak betul.

“Kenapa saya berani beri kenyataan sebab sahih. Saya tiada perancangan hendak beri sebarang komen lagi tetapi apabila lihat Sophia juga beri kenyataan konon tak mahu libatkan satu Malaysia.

“Tetapi inilah sebabnya dia tak mahu libatkan satu Malaysia. Ini baru 10 peratus,” katanya lagi.

Antara perbualan mereka yang dikongsi Bella ialah Sophia memohon maaf dan ingin memperbetulkan keadaan berkaitan dakwaan dia mengganggu Aliff.

Sophia juga memohon Bella tidak mendedahkan perkara tersebut kepada umum kerana khuatir menjejaskan kesihatan bapanya yang menghidap penyakit jantung.

Hari ini, Aliff, 32, mendedahkan aktres yang didedahkan oleh isterinya ialah Sophia yang merupakan heroin bagi drama lakonan mereka iaitu Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Namun, Sophia bagaimanapun tidak muncul pada sidang akhbar hari ini dengan alasan terikat dengan urusan kerja iaitu penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Isnin lalu, Bella mendakwa ada pelakon wanita mengakui cuba mendekati dan ‘tersuka’ dengan suaminya.

Menurut Bella, pelakon terbabit sudah berkali-berkali membuat panggilan telefon kepada Aliff, hingga mengganggu keharmonian rumah tangga mereka.

Kontroversi sebegini bukan pertama kali melanda pasangan suami isteri itu kerana sebelum ini Aliff pernah terkait dengan isu curang bersama beberapa aktres wanita.

Bella juga pernah memfailkan perceraian pada Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh iddah.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here