Ada pelakon wanita mengaku ‘tersuka’ suami saya – Bella Astillah

0
3

AKTRES dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa kesal dengan gelagat seorang pelakon wanita yang didakwa cuba mendekati suaminya, Aliff Aziz.

Pemilik nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah memberitahu pelakon wanita terbabit sudah berkali-berkali membuat panggilan telefon kepada Aliff, hingga mengganggu keharmonian rumah tangga mereka.

“Sebelum ini, hari-hari pelakon wanita itu membuat panggilan telefon kepada Aliff dan saya rasa, perbuatan itu tidak perlu. Kadang-kadang dia buat panggilan sampai tujuh hingga lapan kali.

“Pada awalnya, saya tidak tahu itu nombor telefon siapa. Selepas bertanya kepada seorang rakan artis, barulah saya tahu itu nombor telefon siapa,” katanya memetik Berita Harian.

Bella berkata, insiden itu menguji kesabaran apabila pelakon wanita terbabit didakwa tidak menghormatinya sebagai isteri kepada Aliff.

“Apa yang berlaku itu membuatkan saya sangat marah kerana saya sendiri pernah berlakon dengan suami orang.

“Saya berganding dengan Zamarul Hisham dalam drama Aku Tanpa Cintamu. Saya tak pernah berhubung dengan dia secara langsung, kecuali di set penggambaran.

“Jika ada apa-apa pun, kami hanya berhubung melalui WhatsApp atau membuat panggilan telefon kepada isteri Zamarul iaitu Diana Rafar. Tiada keperluan untuk saya hubungi Zamarul,” katanya.

Bagaimanapun, Bella berkata, pelakon wanita terbabit sudah memohon maaf kepadanya selepas ditegur.

“Selepas ditegur, dia mesej saya dan minta maaf. Dia cakap dirinya bodoh kerana sudah ‘tersuka’ dengan suami saya.

“Kalau dia menjalani penggambaran dengan pelakon bujang tidak mengapa, pergilah. Kalau mahu telefon hari-hari atau keluar berdua pun tak apa kerana tiada siapa akan marah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here