JUARA Liga Super lapan tahun berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) berada pada kedudukan ke-15 kelab terbaik di Asia bagi tahun 2022.
Peningkatan mendadak dicatatkan skuad Harimau Selatan ini susulan aksi cemerlang dipamerkan sepanjang kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim lalu.
Pencapaiannya membanggakan itu diumumkan Persekutuan Sejarah dan Statistik Bola Sepak Antarabangsa (IFFHS).
Persekutuan itu telah menyenaraikan 500 pasukan terbaik daripada kelab bola sepak lelaki dunia tahun 2022, lapor portal Semuanya Bola.
Menurut IFFHS, kelab terbaik di dunia tahun lalu ialah CR Flamengo – kelab Serie A Brazil yang menggondol dua kejuaraan iaitu Copa do Brazil 2022 dan Copa Libertadores.
Bagi Asia pula, kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors dinamakan kelab terbaik dan menduduki tempat ke-42 dunia.
JDT pula mencipta sejarah apabila menduduki tangga ke-15 di Asia dan 250 di dunia. – Malaysiapost

