‘Pembersihan’ besar-besaran Umno diputuskan esok

0
2

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan akan ada pembersihan besar-besaran dalam parti itu yang akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), esok.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, pembersihan itu termasuk mereka yang mensabotaj parti dan calon parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu.

Memetik laporan Berita Harian, Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditanya sama ada mesyuarat MKT esok akan menentukan nasib bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin

“Tunggulah apabila MKT bermesyuarat, untuk dia (Khairy) secara individu tidak penting. Saya kata dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini, kita akan lakukan pembersihan secara besar-besaran.

“Termasuk mereka yang mensabotaj parti dan calon parti pada pilihan raya umum lalu dan mungkin termasuk orang yang menembak kaki sendiri’ ketika pilihan raya diadakan.

“Apabila besar-besaran itu maknanya adalah (individu lain). Mana yang terasa atau belum terasa, insya-Allah esok malam akan terasa,” katanya selepas Mesyuarat Penyelarasan bersama Exco Luar Bandar (MEXCLUB), di Putrajaya, hari ini.

Ditanya sama ada keputusan itu dibuat esok, beliau meminta media untuk datang beramai-ramai bagi mengetahui senarai mereka yang terbabit.

“Tidak boleh beritahu awal, kalau strategi dikongsi dengan wartawan, tidak lagi jadi strategi, saya harus embargo maklumat itu sehingga waktunya,” katanya.

Difahamkan mesyuarat MKT Umno esok antara lain akan membincangkan tindakan ke atas Khairy, yang mendakwa wujud ‘perwakilan import’ dalam PAU 2022 baru-baru ini.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu juga antara yang lantang bersuara supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti dipertandingkan dalam pemilihan kali ini bagi memastikan amalan demokrasi dalam parti tidak terkubur. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here