Mangsa banjir sedikit menurun

0
3

JUMLAH keseluruhan mangsa banjir di empat negeri yang terjejas sedikit menurun setakat jam 4 petang tadi, namun beberapa daerah dilaporkan berlaku peningkatan mangsa yang dipindahkan.

Berdasarkan laporan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), jumlah keseluruhan mangsa banjir adalah seramai 11,940 orang daripada 3,752 keluarga di Sabah, Johor, Pahang dan Sarawak.

Sabah masih mencatatkan mangsa tertinggi dengan 6,453 orang daripada 2,209 keluarga dipindahkan di 25 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Berlaku peningkatan mangsa di daerah Pitas dengan 925 orang dipindahkan, manakala Kota Marudu mencatatkan jumlah paling ramai iaitu 4,789 orang dan di Kudat (739 mangsa) serta PPS di Lahad Datu telah ditutup.

Johor pula merekodkan seramai 5,111 mangsa daripada 1,430 keluarga di tujuh daerah iaitu Batu Pahat (299 mangsa), Kluang (1,170 mangsa), Kota Tinggi (819 mangsa), Mersing (1,173 mangsa), Muar (164 mangsa), Pontian (18 mangsa) dan Segamat (1,468 mangsa).

Laporan itu turut memaklumkan peningkatan mangsa di daerah Rompin, Pahang dengan seramai 320 penduduk daripada 96 keluarga dipindahkan ke tiga PPS.

Keadaan banjir di Sarawak pula tidak berubah dengan hanya daerah Kuching yang terjejas yang merekodkan 56 mangsa daripada 17 keluarga. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here