PAS, PN yakin pertahan 3 negeri, ‘goncang’ Pulau Pinang

0
3

PAS dan Perikatan Nasional (PN) yakin akan kekal menguasai Kedah, Kelantan dan Terengganu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata gabungan itu juga mempunyai strategi tertentu untuk menawan Negeri Sembilan dan Selangor, selain yakin ‘menggoncangkan’ Pulau Pinang.

“Insya-Allah PN/ PAS akan menguasai Kedah, Terengganu dan Kelantan… kita akan bergerak dengan aman dan damai ke Negeri Sembilan dan Selangor, (kita) ada strategi.

“Kita (juga) akan goncangkan Pulau Pinang… kita berjihad kerana Allah untuk pastikan usaha-usaha murni ini kita tonjolkan,” katanya menerusi video dimuatnaik di Facebooknya.

Tambah bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu, pihanya percaya gelombang perubahan yang dibawa oleh pengundi akan memastikan kemenangan PAS dan PN di negeri-negeri berkenaan.

“Kita akan mempertahankan apa yang kita menangi dan mencipta kejutan di beberapa tempat.

“Persediaan sedang dilakukan dengan hebat dan dahsyatnya,” katanya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here