MIC akan mati semula jadi jika tidak buat apa-apa – Ramasamy

0
2
PENANG 02/10/2019: State Exco P. Ramasamy speaks to the press regarding the school which was reported on not allowing muslim prayer during an event here at Komtar on October 2nd. PICTURE BY SAYUTI ZAINUDIN

MIC disaran menjadi pembangkang atau akan mati secara semula jadi jika tiada sebarang perubahan dilakukan terhadap parti itu.

Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P Ramasamy berkata, walaupun MIC tidak mempunyai kekuatan kerana tidak banyak memenangi kerusi dalam pilihan raya, namun ia masih boleh menangani pelbagai isu masyarakat India.

“Mungkin ia boleh mengikut contoh MCA dalam bertindak sebagai semak dan imbang. MIC tidak perlu terlalu bercita-cita tinggi seperti Gerakan tetapi sekurang-kurangnya cuba menyayangi masyarakat India yang telah ditinggalkannya bertahun-tahun lalu.

“Di bawah keadaan politik yang baru dan berubah, MIC mempunyai peluang keemasan untuk menamatkan politik tunduk kepada parti lain,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Menurut Ramasamy, MIC yang pernah digelar sebagai wakil tunggal kaum India kini tidak lagi mempunyai sebarang hala tuju politik.

Malah, katanya, parti itu juga tidak mempunyai pendirian yang jelas sama ada mahu menyokong kerajaan atau gabungan Perikatan Nasional (PN).

“Sayang sekali MIC yang ditubuhkan berikutan nasionalisme pan-India pada 1946 telah hilang relevannya dalam politik Malaysia. Kaum India yang menyokong parti itu pada dekad-dekad awal kini telah memeluk parti seperti DAP dan PKR.

“Malah, satu kerusi Parlimen Tapah yang dimenanginya semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah kerana sokongan yang diberikan oleh orang Melayu dan masyarakat peribumi,” katanya.

Ramasamy bagaimanapun tidak pasti sama ada MIC boleh dihidupkan semula ke zaman kegemilangannya dahulu atau mati secara semula jadi jika tiada apa yang dilakukan.

Beliau mempersoalkan kedudukan MIC selepas parti itu kelihatan berdiam diri sedangkan parti lain seperti MCA dan Gerakan telah melakukan langkah masing-masing terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Gerakan dan MCA mahu berusaha menuju kebangkitan semula, tetapi bagaimana pula dengan MIC?.

“Jika MCA terlalu senyap, ia mungkin akan dilupakan. Sekarang, di mana MIC?.

“Ini adalah masa terbaik untuk parti itu memenuhi reputasinya sebagai “May I Come”,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here