Tambah petugas Imigresen di KLIA – Motac

0
3

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) mencadangkan jumlah petugas di kaunter Imigresen ditambah, selain memperluaskan penggunaan sistem pengecaman wajah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata usaha itu penting bagi mengatasi masalah tempoh menunggu lama berikutan bilangan pelancong ke Malaysia semakin meningkat.

“Sistem pengecaman wajah yang digunakan Jabatan Imigresen juga perlu diperluas kepada semua pelawat antarabangsa, bukan sahaja terhad kepada mereka yang mempunyai pas jangka panjang bagi memudahkan proses pelepasan.

“Jika Malaysia ingin mengalu-alukan kedatangan pelancong dan menjadikan negara ini sebagai destinasi pilihan yang berdaya saing, kita perlu menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera,” lapor Bernama.

Cadangan itu diutarakan King Sing selepas meninjau proses ketibaan pelancong di KLIA dan mendapati mereka terpaksa beratur panjang, malah menunggu hampir dua jam bagi pemeriksaan Imigresen.

Selain itu, beliau turut mencadangkan pihak berkuasa KLIA untuk menempatkan petugas yang mempunyai kemahiran pelbagai bahasa bagi membantu memudahkan pelancong ketika melalui prosedur pemeriksaan Imigresen. – Malaysiapost

Kredit Foto Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here