Trafik perlahan hala Kuala Lumpur

0
3

ALIRAN trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) bergerak perlahan sebelum Plaza Tol Gombak berikutan pertambahan kenderaan yang menghala ke Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran Facebook Lebuhraya Pantai Timur (LPT), lalu lintas perlahan sepanjang 5.9 kilometer (KM) dari Lentang menghala ke Bukit Tinggi.

Aliran trafik turut dilaporkan perlahan dari KM 29.4 hingga KM 31.1 arah Gombak ke Genting Sempah dan lalu lintas perlahan sepanjang 3.5 KM sehingga ke Tol Gombak.

“Trafik sesak/perlahan berikutan pertambahan kenderaan. Manakala keadaan trafik di LPT 1 lancar di sepanjang lebuhraya dikedua-dua hala,” kata hantaran itu.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia dalam kemas kini di Facebook, berkata keadaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) trafik turut bergerak perlahan.

Setakat jam 2.30 petang tadi, trafik bergerak perlahan dari Sungai Petani Utara ke Sungai Petani Selatan; Sungau dua ke Juru; Juru ke bandar Cassia; Terowong Menora ke Ipoh Utara; Ipoh Selatan ke Simpang Pulai; dan Bidor ke Sungkai.

Sebelum ini, PLUS menjangkakan dua juta kenderaan bakal menggunakan semua rangkaian lebuh rayanya bermula Jumaat sehingga Selasa iaitu hari puncak sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here