Mayat wanita lemas ditemui

0
2

Ben Ibrahim

MAYAT wanita yang dipercayai lemas selepas terjatuh ke Sungai Belat dekat Jeti Tanjung Punai di Kuantan semalam, ditemui pagi tadi.

Mayat mangsa berusia 42 tahun itu ditemui unit selam skuba dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang pada jam 11.36 pagi tadi.

Mayat wanita itu ditemui dalam keadaan terapung kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua dimulakan kira-kira jam 8 pagi tadi membabitkan 10 anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan Polis Marin serta 20 anggota termasuk dua pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan.

“Operasi pencarian dilakukan dengan rondaan menggunakan tiga bot milik polis dan bomba di sepanjang sungai berkenaan

“Tindakan mengesan mangsa juga dilaksanakan melalui cara selaman oleh unit selam skuba JBPM Kuantan di sekitar lokasi mangsa dilaporkan lemas.

“Turut serta dalam operasi dua ekor anjing, Pop dan Blake, dari unit anjing pengesan (K9) JBPM, ” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke darat untuk tujuan siasatan lanjut dan pengecaman oleh anak mangsa.

“Mangsa seterusnya dibawa ke jabatan forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan jam 11.50 pagi ini,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Wan Zahari berkata, sepasukan angota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Pahang telah menjalankan operasi OP Tapis di sepanjang tebatan banjir Sungai Belat, dekat Batu Tiga, kelmarin.

“Dalam operasi bermula jam 6 petang hingga 8 malam itu, seramai enam pengedar dan penagih dadah berjaya diberkas,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here