PAT 2022 Bersatu berlangsung 3 Mac

0
4
mysuara.net credit

PERHIMPUNAN Agung Tahunan (PAT) 2022 Bersatu akan berlangsung pada 3 hingga 5 Mac ini. 

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, persidangan cawangan parti itu pula ditetapkan dari 1 Julai hingga 31 Ogos ini manakala persidangan sayap bahagian diadakan pada 7 Oktober dan persidangan bahagian pula pada 21 Oktober. 

Ahli Parlimen Larut itu berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu semalam selaras dengan Fasal 12.2 Perlembagaan Bersatu.

Sementara itu Hamzah berkata, mesyuarat MPT juga memutuskan PAT 2023 akan diadakan pada 23 hingga 25 Nov.

“Sehubungan itu, pemilihan bagi ahli jawatankuasa (AJK) cawangan, bahagian dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) bagi penggal yang baharu akan diadakan pada tarikh seperti di atas selaras dengan perlembagaan parti,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, Hamzah berkata, dalam mesyuarat MPT semalam juga telah membincangkan laporan ‘post-mortem’ keputusan PRU15 dan strategi parti bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here