Kanak-kanak 12 tahun ke atas layak dapatkan dos penggalak pertama

0
3
vaksin covid pkp selangor

INDIVIDU berumur 18 tahun ke atas layak untuk mendapatkan suntikan dos penggalak kedua, manakala kanak-kanak dan remaja berumur 12 hingga 17 tahun layak mendapatkan dos penggalak pertama.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berkata tempahan janji temu bagi suntikan vaksin Covid-19, termasuk dos penggalak pertama dan kedua boleh dilakukan menerusi aplikasi MySejahtera, atau hubungi Klinik Kesihatan berhampiran.

Menurut KKM, bagi kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas berumur 60 ke atas, mereka yang mempunyai komorbiditi dan penyakit kronik, mereka boleh jumpa terus (walk in) ke Klinik Kesihatan atau hospital berdekatan bermula 9 Januari tanpa perlu membuat janji temu.

Ia juga termasuk bagi individu lain yang berisiko mendapat gejala teruk dan komplikasi jangkitan Covid-19.

“Vaksin termasuk dos penggalak dapat memberi perlindungan yang optimum daripada gejala serius dan mengurangkan risiko kematian akibat Covid-19,” kata KKM dalam hantaran Facebook, hari ini.

Sebelum ini, KKM mengesan tren peningkatan dalam pengambilan dos penggalak kedua di fasiliti kesihatan di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia adalah perkembangan positif walaupun mengakui pengambilan dos penggalak kedua agak hambar berbanding dos penggalak pertama.

Katanya, peningkatan itu didorong kebimbangan orang ramai mengenai situasi terkini penularan Covid-19 di China awal Disember tahun lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here