Ayam belum bertelur, bekalan dijangka stabil sebulan dua lagi

0
3

MASALAH kekurangan telur di negara ini dijangka selesai dalam masa satu atau dua bulan lagi, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Fuziah Salleh berkata isu kekurangan telur bermula sekitar Oktober tahun lalu, disebabkan kekurangan baka ayam penelur.

“Apabila kita dapat bawa masuk baka ayam ini, kita memerlukan masa enam bulan.

“Tempoh masa tersebut sudah hampir di hujung dan satu atau dua bulan lagi, bekalan akan kembali stabil,” katanya semalam.

Ketika ditanya berkaitan kesukaran memperoleh minyak masak peket pula, Fuziah memaklumkan sepatutnya isu itu tidak timbul memandangkan setiap bulan 60 juta peket minyak masak bersubsidi disediakan.

“Isu tidak cukup itu tak betul, cuma mungkin ada kelemahan dari segi pengagihan seperti kawasan ramai penduduk tapi kuota diperoleh hanya sedikit.

“Kalau dikira dari segi pengeluaran, sebanyak 60 juta peket minyak masak satu kilogram dikeluarkan setiap bulan dan rakyat Malaysia cuma dalam 32 juta sahaja.

“Dari segi teorinya, tak mungkin kita kekurangan bekalan, tapi kerajaan sedang kaji bagaimana kita boleh memastikan minyak masak bersubsidi ini mencukupi dan sampai ke kumpulan sasar,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here