Tugas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan lebih mencabar – Mat Sabu

0
2

MOHAMAD Sabu mengakui tugas sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) lebih mencabar berbanding ketika beliau mengetuai Kementerian Pertahanan.

Presiden Amanah itu adalah Menteri Pertahanan ketika pentadbiran 22 bulan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sebelum ini saya telah diamanahkan untuk menjaga keselamatan negara selaku Menteri Pertahanan dan sekarang saya diamanahkan pula untuk menjaga keterjaminan makanan atau food security.

“Bagi saya, tugas sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan lebih mencabar kerana rakyat boleh hidup tanpa peluru tetapi rakyat tidak boleh hidup tanpa makanan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Isnin lalu, Mohamad berkata, MAFS memperoleh markah tercorot berdasarkan pandangan awam seperti didedahkan sesi pemukiman Jemaah Menteri.

Beliau berkata, markah tercorot itu didedahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali pada sesi berkenaan.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak terkejut dengan pandangan orang awam itu kerana masalah bekalan telur termasuk ayam sudah menjadi tumpuan negara sejak setahun lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here