Sharnaaz Ahmad mengaku tak bersalah tumbuk, tendang penghuni kondominium

0
2

PELAKON Sharnaaz Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini, atas pertuduhan mencederakan seorang penghuni kondominium di Segambut pada Jun tahun lalu.

Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Sharnaaz yang mendiami kondominium sama didakwa menumbuk dan menendang mangsa selepas rakannya hendak menghantar minyak masak dilarang memasuki premis berkenaan oleh pengawal keselamatan di situ.

Sharnaaz didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pelakon itu diarah membayar wang jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin manakala kes akan disebut semula pada 6 Mac depan bagi serahan dokumen.

Sebelum itu, bapa seorang anak itu hadir ke mahkamah kira-kira pukul 9.35 pagi dengan memakai baju kemeja berwarna biru gelap dan ditemani pengurus serta dua peguam. – Malaysiapost

Kredit foto: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here