PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Negeri Singapura, Dr Vivian Balakrishnan di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri memaklumkan mereka bertukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala dan serantau yang menjadi kepentingan bersama.
“Saya turut menyatakan hasrat untuk memberi tumpuan kepada ekonomi dan bersama mencapai kemajuan dalam menyelesaikan isu-isu dua hala yang tertunggak secara komprehensif,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Kelmarin, Menteri Luar Singapura itu melakukan kunjungan ke atas rakan sejawatnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sempena lawatan kerja beliau ke Malaysia selama empat hari.
Lawatan rasmi itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan lagi siri hubungan erat sedia ada antara Malaysia dan Singapura. – Malaysiapost

