Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berkenan naik ETS ke Butterworth

0
2

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat menaiki keretapi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Stesen KL Sentral menuju ke Stesen Butterworth, Pulau Pinang.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda berdua turut berkenan mencemar duli merasai sendiri pengalaman menaiki koc kelas perniagaan yang ditawarkan oleh perkhidmatan tren berkenaan.

“Sultan Sharafuddin berkenan berangkat menaiki ETS Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Stesen KL Sentral menuju ke Stesen Butterworth, Pulau Pinang. Baginda Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

“Sepanjang perjalanan lebih empat jam itu, baginda juga dibawa ke kokpit pemandu dan diberi taklimat ringkas serta berpeluang menikmati pemandangan menarik di landasan yang merentangi Tasik Bukit Merah, Perak,” menurut kenyataan berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here