Tiada pertandingan jawatan Presiden Umno, Timbalan bukan perkara baharu

0
2

SEJARAH Perhimpunan Agung Umno (PAU) pernah beberapa kali memutuskan tidak ada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata, peristiwa itu bermula pada 1996 di mana MKT ketika itu mencadangkan hanya jawatan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti.

“(Ketika itu) perwakilan mengemukakan usul baru yang dipersetujui oleh Tan Sri Ninam Shah, Pengerusi Tetap agar dimasukkan juga jawatan nombor dua tidak dipertandingkan. PAU bersetuju. Ketika itu Nombor 1, (Tun) Dr Mahathir (Mohamad). Nombor 2, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“(Sementara pada) 2001, MKT bentangkan usul supaya tidak ada pertandingan Nombor 1 dan Nombor 2. Dr Mahathir dan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi). PAU bersetuju,” katanya.

Ahmad Shabery berkata, pada PAU kali ini tiada usul berkenaan perkara itu yang dibawa MKT tetapi usul tambahan berkenaan datang dari perwakilan Umno sendiri.

“Dibahas dan diundi. PAU bersetuju. Nombor 1 Zahid Hamidi. Nombor 2 Tok Mat Hassan (Datuk Seri Mohamad Hasan).

“Walau bagaimanapun berbanding parti-parti politik lain, Umno paling banyak berlaku perubahan pucuk pimpinan partinya,” katanya.

PAU 2022 semalam meluluskan dengan suara majoriti usul agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan.

Ini bermakna Ahmad Zahid dan timbalannya, Mohamad Hasan akan memegang jawatan itu untuk tempoh tiga tahun lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here