Yana terharu, aura Bossku dirasai akar umbi

0
2

NOORYANA Najwa, anak perempuan Datuk Seri Najib Razak terharu kerana bapanya diakui mampu mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Umno.

Beliau yang juga mesra disapa Yana berkata, keupayaan Najib memenangkan Umno dan Barisan Nasional (BN) sangat menyerlah dalam beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Saya rasa perkara ini sangat nyata semasa PRN Melaka dan Johor, aura Bossku (Najib) memang dirasai akar umbi bersama rakyat, kita nampak ada faktor penentu malah ada kebanjiran orang ramai pula.

“Masa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, peringkat akar umbi pun tak semeriah sebelum ini, Datuk Najib sekarang dia nak satu sahaja, nak kembalikan semangat dalam Umno dan rakyat.

“Beliau tahu dirinya tak bersalah dan semangat perjuangan beliau masih kekal dan kuat walaupun sekarang berada di penjara,” katanya kepada media di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan dasar PAU 2022 hari ini mengakui Najib antara penyumbang tarikan rakyat kepada parti itu.

Najib atau Bossku mencetus fenomena khususnya dalam kalangan golongan muda terhadap Umno dan BN. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here