JKNS rampas produk kosmetik tidak berdaftar

0
2

PRODUK kosmetik bernilai RM58,000 disyaki tidak bernotifikasi dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)notifikasi Kementerian Kesihatan, dirampas dalam satu serbuan di Shah Alam, minggu lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, berkata serbuan hasil maklumat awaman itu dijalankan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi JKNS membabitkan sebuah premis perniagaan pada 5 Januari lalu.

“Hasil serbuan, puluhan kotak keluaran kosmetik yang tidak mempamerkan nombor notifikasi KKM berjaya dirampas.

“Modus operandi sindiket ini ialah memasarkan keluaran kosmetik tidak bernotifikasi melalui laman sesawang yang mempromosikan kosmetik.

“Produk ini untuk tujuan pemulihan dan anti penuaan kulit tanpa merujuk kepada pengamal perubatan berdaftar, yang dikhuatiri akan mengakibatkan kesan sampingan buruk dan membahayakan kesihatan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes berkenaan kini disiasat mengikut Akta Jualan Dadah 1952 yang sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000.

“Sehubungan itu, JKNS menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati sewaktu membeli produk keluaran kesihatan dan kosmetik yang dijual serta memastikannya berdaftar dengan PBKD KKM.

“Orang ramai juga digalakkan untuk mengemukakan aduan dan menyalurkan maklumat berkenaan produk yang meragukan bagi melindungi kesihatan dan kesejahteraan awam,” katanya.

Menurutnya, aduan dan maklumat boleh disalurkan kepada Program Perkhidmatan Farmasi di laman sesawangnya atau portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA), mahupun talian 03-78413200.

Beliau berkata, aduan juga boleh disalurkan di mana-mana Cawangan Penguatkuasaan Farmasi agar tindak sewajarnya dapat diambil. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here