Yasin gagal representasi kaji pertuduhan dadah

0
2

PENYANYI dan komposer, Yasin Sulaiman gagal dalam permohonan representasinya untuk mengkaji tiga pertuduhan dadah yang dihadapi.

Ia selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak permohonan yang dikemukakan Yasin berhubung ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah semasa sebutan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Nik Nasimah Nik Mohammad, lapor Kosmo Online.

Semasa prosiding, Mohd Asnawi memaklumkan hari ini ditetapkan bagi keputusan representasi tersebut.

“Saya ingin maklumkan AGC telah menolak representasi tersebut. Namun surat rasmi berhubung perkara itu tidak sempat dikeluarkan. Saya percaya tarikh perbicaraan seterusnya ialah pada 6 Mac ini,” kata Asnawi.

Mendengar perkara itu, peguam bela Muhammad Yasin, Ariff Azami Hussein kemudian mengesahkan keputusan representasi tersebut.

“Walaupun belum menerima makluman secara bertulis atau emel, kami telah mendapat arahan terkini daripada anak guam untuknmemasukkan representasi kedua,” katanya.

Justeru, Arif Azami berkata, pihaknya mencadangkan tiga atau empat minggu sebagai sebutan kes dan keputusan representasi kedua berkenaan.

“Kami akan memasukkan representasi selewat-lewatnya dua minggu dari tarikh hari ini,” katanya.

Hakim Nik Nasimah kemudian menetapkan 20 Februari ini untuk sebutan semula kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here