PM terima kunjungan MB Pahang

0
3

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan delegasi kerajaan negeri itu di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Perdana Menteri berkata, kerjasama erat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pahang akan memberi manfaat kepada rakyat khusunya di negeri itu.

“Pertemuan tersebut menyentuh perihal aspek pembangunan serta kemajuan dan kemakmuran negeri Pahang.

“InsyaAlllah, kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri Pahang akan terus dipererat demi kelangsungan dan kejahteraan rakyat Pahang khususnya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here