DUN Sabah: Tempat duduk Adun BN dipindah ke blok pembangkang

0
2

PERSIDANGAN khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini, menyaksikan tempat duduk sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dipindahkan.

Ia susulan kemelut serta perkembangan semasa politik di Sabah ketika ini.

Berita Harian melaporkan, antara tempat duduk yang dipindahkan termasuk melibatkan Pengerusi BN Sabah yang juga Adun Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Dua lagi tempat duduk Adun BN yang sebelum ini menyandang jawatan menteri dalam Kabinet negeri turut berubah iaitu Datuk Yakub Khan (Karambunai) dan Datuk Jafry Ariffin (Sukau).

Ketiga-tiga tempat duduk Adun tersebut dipindahkan di blok pembangkang.

Bagaimanapun, kedudukan tempat duduk lima Adun BN yang menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor kekal.

Persidangan khas DUN hari ini untuk membentangkan dua Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan bekalan gas dan Suruhanjaya Tenaga Sabah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here