Anwar restu Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah

0
3

DATUK Seri Anwar Ibrahim merestui Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri.

“Ya, saya merestui beliau. Beliau adalah Ketua Menteri,” kata Perdana Menteri kepada media di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah di Kota Kinabalu malam tadi, lapor Berita Harian.

Anwar berkata, beliau berterima kasih kepada Hajiji dan semua pihak berkaitan kerana mendengar pandangan dalam usaha menyelesaikan kemelut politik di Sabah.

“Kita mahu Kerajaan Sabah yang kuat bawah kepemimpinan Hajiji.

“Esok (hari ini), satu rang undang-undang (RUU) penting untuk mengembalikan hak Sabah melalui pembentangan menteri Kabinet (persidangan Dewan Undangan Negeri).

“Ini satu perubahan besar. Bagi saya, ini adalah keutamaan… beri peluang kepada Ketua Menteri untuk bincang dan mencari satu formula terbaik untuk kebaikan Sabah,” katanya.

Anwar berada di Kota Kinabalu malam tadi bagi mendengar permasalahan politik di negeri itu sambil memberi pandangan bagi merungkaikannya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here