‘Kami tidak akan maafkan Kazar’- Ibu Syamsul

0
3

IBU pengarah kontroversi Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail meluahkan rasa terkilan dengan tindakan pelakon veteran, Kazar Saisi yang membantu anak perempuannya, Ira Kazar bernikah dengan Syamsul.

“Kami keluarga Syamsul tidak akan memaafkan Kazar yang membantu anaknya (Ira Kazar) berkahwin dengan Syamsul,” tulisnya.

Patimah menulis kenyataan itu dalam satu tangkap layar komen yang tular berhubung isu perkahwinan kedua Syamsul dengan Ira Kazar di Thailand, baru-baru ini.

Dalam kenyataan tersebut, Fatimah melahirkan rasa kesal dan kecewa atas tindakan pelakon veteran itu apabila tergamak menghancurkan rumah tangga menantu kesayangannya yang juga isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana.

“Kazar telah merosakkan rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan anak-anak mereka! Namun kami terima takdir yang telah berlaku ke atas anak kami yang malang itu,” ujarnya.

Kelmarin, Syamsul akhirnya meleraikan spekulasi apabila mengesahkan berkahwin dua dengan Ira dengan diberwalikan Kazar di Thailand.

Syamsul berkongsi berita gembira itu menerusi video dimuat naik dalam laman Instagram.

Sehubungan itu, Puteri Sarah mendedahkan Syamsul sudah lama tidak pulang ke rumah dan telah menyekatnya dalam aplikasi WhatsApp sejak setahun lalu.

Malah, Puteri Sarah juga menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Syamsul dan Ira.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here