Jangkitan Covid-19 melonjak 500 kes semalam

0
2
KUALA LUMPUR 27 SEPTEMBER 2020. Kakitangan Kementerian Kesihatan menjalankan ujian saringan covid kepada semua pengembara dari Sabah yang tiba di pintu masuk antarabangsa dan domestik. NSTP/IHSAN FB KKM

KES jangkitan baharu Covid-19 meningkat kepada 571 semalam berbanding 433 sehari sebelumnya.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, daripada jumlah itu, satu kes merupakan kes import.

Sebanyak tujuh kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan, dua daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Ia sekali gus menjadikan jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,866 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 11,564 kes, dengan 10,945 atau 94.6 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 581 pesakit Covid-19 dirawat di hospital.

Daripada jumlah itu, sebanyak 38 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), 18 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pula ialah 696 menjadikan jumlah keseluruhannya dalam negara kepada 4,980,364 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here