Sindir menggelupur menari TikTok, MYDIN syor Diva AA beli cermin

0
2

RUPANYA cara pemasaran ‘up to date’ mengikut trend terkini digunakan pemilik gedung perniagaan MYDIN tidak digemari selebriti sensasi, Azwan Ali.

Azwan atau mesra disapa Diva AA semalam menegur cara pemasaran Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Ameer Ali Mydin yang menari di aplikasi TikTok.

Bagi yang mengikuti akaun rasmi TikTok MYDIN, pasti dapat melihat aksi Ameer Ali yang begitu aktif memuat naik video hiburan menarik di samping mempromosi perniagaan gudang itu kepada pelanggan.

Namun Azwan membidas cara pemasaran Ameer Ali itu menerusi tangkap layar sedutan video itu lalu menciapkannya di laman Twitter miliknya.

Bagi Azwan, aksi Ameer Ali yang menari di dalam klip video itu tidak bersesuaian dengan usianya kategori warga emas.

Malah Azwan mengaitkan insiden kebakaran gedung perniagaan tekstil Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7 pada Ahad lalu untuk Ameer Ali jadikan iktibar.

“Jakel tuhan dah tunjuk! Yang kau? Dah tua sendu masih menggelupur menari di TikTok. Muhasabah woii!!”ciapnya.

Bagaimanapun MYDIN yang selama ini sedia maklum dengan iklan santai dan bersahaja di media sosial tidak mudah melatah.

Menerusi Twitter rasmi MYDIN, mereka memanfaatkan ‘teguran’ Azwan itu dengan menyindirnya kembali sambil mempromosi produk cermin di gedung perniagaan mereka.

Turut disertakan pautan untuk memudahkan Azwan yang berusia 56 tahun membeli cermin untuk kegunaan dirinya sendiri.

Tersiratnya, ciapan itu seolah-olah memberitahu agar Azwan cermin diri sendiri dulu sebelum berkata kepada seseorang.

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan cara pengendali Twitter MYDIN yang membalas ciapan Azwan Ali dengan sinis namun penuh maksud yang mendalam.

Malah netizen menyokong ciapan itu sebagai ‘mengajar’ Azwan yang memang terkenal dengan mulut ‘puaka’. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here