Tamat lesen judi: ‘Kita buat sebab Allah suruh’ – Sanusi

0
2
ALOR SETAR, 12 Mei -- Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri DUN Muhammad Sanusi Md Nor mempengerusikan sidang media khas berhubung isu politik Kedah di Kompleks PAS Kota Sarang Semut di sini --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KEPUTUSAN menamatkan semua lesen perjudian dan loteri di Kedah akan diteruskan walaupun menerima reaksi pelbagai pihak yang mempersoalkan tindakan tersebut.

Demikian kata Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan akan ‘jalan terus’ dengan keputusan yang diumumkannya itu.

“Kita dah buat keputusan. Kita jalan terus,” tegasnya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Muhammad Sanusi berkata, keputusan ‘pembersihan’ negeri itu daripada aktiviti judi dibuat mengikut undang-undang Islam yang diperintahkan Allah SWT.

“Kita buat sebab Allah suruh. Apa saya nak jawab depan Allah kalau saya tak buat waktu saya diberi kesempatan untuk buat?,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata tidak akan gentar dengan pertikaian daripada pihak luar yang mempersoalkan keputusannya menamatkan semua lesen perjudian dan loteri di Kedah.

“Hangpa (anda) nak koyak, biaq (biar) pi kat hangpa. Hangpa nak kacau, saya tak takut. Saya ada Allah…,” katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan kerajaan negeri Kedah tidak akan mempertimbang semula keputusan menamatkan semua lesen perjudian dan loteri di negeri itu.

Muhammad Sanusi berkata judi bukan hanya isu untuk satu kaum sahaja, sebaliknya merosakkan semua kaum di negara ini.

Beliau berkata demikian dipercayai mengulas kenyataan Setiausaha DAP Kedah, Teh Swee Leong yang berharap kerajaan negeri mempertimbang semula keputusan menamatkan semua lesen perjudian dan loteri di negeri itu.

Menurut Swee Leong, langkah itu wajar dipertimbang semula bertujuan mengekalkan keharmonian kaum dan mengawal masalah sosial.

Semua operasi premis perjudian dan loteri di Kedah ditamatkan sepenuhnya pada 1 Januari 2023, susulan keputusan kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui lesen perjudian. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here