SMS propaganda bagaikan mekanisme kerajaan komunis – Muhammad Faiz

0
2

TINDAKAN Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menghantar mesej melalui SMS memaklumkan Kerajaan Perpaduan adalah langkah penyelesaian berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang, dilihat sebagai tidak wajar.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Muhammad Faiz Na’aman, melihatnya sebagai propaganda bagaikan mekanisme kerajaan komunis atau diktator yang mahu cuci otak rakyat supaya paksa terima naratif pemerintah.

“Kerajaan sekarang masih berkempen setelah Pilihan Raya Umum (PRU) untuk menjustifikasi kewujudan mereka melalui SMS rasmi dari kerajaan.

“Ini contoh salah guna kemudahan telekomunikasi kerajaan untuk berpolitik secara halus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau juga menyifatkan tindakan itu seolah-olah Kerajaan Perpaduan ketika ini takut dan tidak yakin dengan penerimaan orang awam serta rakyat Malaysia terhadap mereka hingga perlu hantar SMS sedemikian.

“Sepatutnya SMS rasmi dari kerajaan digunakan untuk menyampaikan perkara-perkara yang penting untuk orang awam atau hal kecemasan atau sebarang perkhidmatan untuk rakyat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here