513 kes Covid-19 baharu, 1 kematian semalam

0
2
rumah mayat covid hkl

KES jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan penurunan apabila sebanyak 513 kes dilaporkan setakat tengah malam tadi, berbanding 583 kes sehari sebelumnya.

Menerusi laman sesawang KKMNOW, kes yang dilaporkan itu membabitkan 509 kes penularan tempatan dengan empat adalah kes import.

Perkembangan itu menjadikan sehingga kini jumlah penularan Covid-19 di negara ini mencecah 5,026,677 kes sejak ia dikesan di negara ini.

Negara masih mempunyai 12,002 kes aktif dan daripada jumlah itu, 94.6 peratus atau 11,349 kes sedang dalam kuarantin wajib di rumah.

Selain itu, terdapat 620 atau 5.2 peratus mendapatkan rawatan lanjut di hospital, unit rawatan rapi (ICU) (18) dengan 15 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga kini, kadar penggunaan wad ICU mencatatkan 64.8 peratus, alat bantuan pernafasan (37.8 peratus) dan katil hospital (67.6 peratus).

Hanya satu kes kematian akibat jangkitan berkenaan dilaporkan semalam.

Ia menjadikan sehingga kini jumlah angka korban di negara ini sudah mencecah 36,853 kes dengan 7,852 kes pula meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Bagi jumlah kes sembuh di negara ini, setakat semalam terdapat sebanyak 833 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih daripada jangkitan berkenaan adalah 4,977,822 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here