Agong berkenan santuni 150 asnaf di Kuala Lipis

0
3

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berkenan menyantuni dan mengurniakan sumbangan peribadi kepada 150 asnaf di Kuala Lipis, Pahang, hari ini.

Istana Negara menerusi kenyataan di Facebook, berkata selain sumbangan peribadi, Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian daripada Majlis Ugama Islam serta Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kepada asnaf terbabit.

Majlis pengurniaan tersebut telah diadakan di perkarangan Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis.

Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian daripada Majlis Ugama Islam serta Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kepada asnaf

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehudin Ishak.

Sebelum majlis pengurniaan itu, Al-Sultan Abdullah telah berkenan menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut.

Al-Sultan Abdullah telah berkenan menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut.

Dalam masa sama, Baginda berkenan meluangkan masa bertanya khabar dan beramah mesra dengan para jemaah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here