Hujan berterusan di Sarawak hingga Sabtu

0
2
Kelihatan hujan lebat di Kuala Lumpur petang tadi.

PENUMPUAN angin dijangka berlaku di persisiran utara dan tengah Sarawak yang berpotensi menyebabkan hujan berterusan di kawasan berkenaan pada 30 hingga 31 Disember ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, keadaan tersebut berpotensi menyebabkan hujan berterusan di kawasan itu.

Menurut MetMalaysia, angin kencang timur laut juga dijangka memasuki rantau negara bermula esok, 30 Disember 2022 dan berpotensi membawa angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.

“Sehubungan dengan itu, MetMalaysia telah mengemaskini amaran hujan berterusan melibatkan negeri Sarawak berkuat kuasa pada 30 hingga 31 Disember 2022.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 5 Januari 2023,” menurut MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Sementara itu, MetMalaysia menasihatkan orang ramai untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here