Menteri Kesihatan buat lawatan mengejut di HTAR

0
2

MENTERI Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa membuat lawatan mengejut ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Selangor, malam tadi.

Kehadiran Dr Zaliha sempat dirakam orang awam dan dimuat naik oleh @ansaleya di Twitter hari ini.

Menerusi gambar tersebut dilihat Dr Zaliha sedang berbual dengan seorang pesakit di ruangan menunggu.

“Ok dah check (periksa), memang Menteri Kesihatan dekat Hospital Tengku Ampuan Rahimah malam tadi.

“Siapa je perasan kalau datang mengejut macam pesakit juga? Patut la dia macam tanya beberapa orang.

“Macam tidak ada orang sedar itu Menteri Kesihatan,” ciapnya.

Tinjauan di ruangan komen rata-rata warga maya memuji tindakan Dr Zaliha yang prihatin kedengan keselesaan rakyat dan sanggup turun padang untuk mendengar sendiri keluhan pesakit.

“Setuju sangat menteri kita sendiri jenguk turun macam ini lagi-lagi pada waktu puncak. Hospital kerajaan memang banyak isu yang kritikal,” kata Laniske.

“Benda ni bagus bila menteri itu orang tidak kenal jadi bila dia turun padang memang tiada yang perasan,” katanya Ashraf Jamil.

“Bila menteri orang tidak berapa kenal senang nak buat lawatan mengejut. Minta tolong sangat menteri selesaikan masalah terutama di wad kecemasan,” kata Ismeth Shamsuddin.

Semakan terkini mendapati ciapan tersebut mendapat lebih 5,000 tanda suka, dan dikongsi sebanyak 2,798. – Malaysiapost

https://twitter.com/ansaleya/status/1608284539729678336?s=21&t=9kbJgPt44GorDVzqV8PrUQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here