Menteri kesan individu menyamar sebagai PA

0
2

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri mendakwa terdapat individu yang menyamar sebagai pembantu peribadinya (PA) bagi tujuan penipuan.

Beliau yang juga Ahli parlimen Santubong, memaklumkan telah menerima laporan daripada kakitangannya berhubung perkara berkenaan dan menasihatkan orang ramai supaya berwaspada.

“Salam rakan-rakan semua, terutamanya penduduk Kawasan Parlimen P193 Santubong.

“Mohon kongsikan kepada adik, akak dan abang kita supaya sentiasa berwaspada terhadap penipuan yang telah dibuat oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menjejaskan imej saya sebagai Ahli Parlimen P193 Santubong,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau berkata, menyeru orang ramai sekiranya terdapat individu yang menghubungi dan mengaku sebagai pegawainya supaya menghubungi Pusat Khidmat Parlimen Santubong untuk pengesahan.

“Sila hubungi pejabat saya melalui talian 012-5075861 (WhatsApp) atau email [email protected],” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here