Mohd Sharkar dilantik Speaker DUN Pahang

0
2
Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang

Ben Ibrahim

AHLI Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Seri Ishak Muhammad yang memegang jawatan Speaker DUN sejak tahun 2013.

Usul pelantikan itu dicadangkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan disokong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta, Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak.

Selain Mohd Sharkar, sidang DUN Pahang bagi penggal ke-15 yang berlangsung hari ini turut menyaksikan setiausaha DAP Pahang yang juga ADUN Bilut, Lee Chin Chen dilantik sebagai Timbalan Speaker.

Mohd Sharkar adalah bekas ADUN Lanchang sejak tahun 2004 dan pernah memegang beberapa jawatan Exco kerajaan Pahang.

Beliau tidak mempertahankan kerusi DUN Lanchang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu dan bertanding di kerusi Parlimen Temerloh.

Mohd Shakar bagaimanapun tewas pada PRU-15 dalam pertandingan empat penjuru, menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN), Salamiah Mohd Nor menang dengan majoriti 5,520 undi.

Sementara itu, Chin Chen pula adalah ADUN Bilut bagi penggal kedua selepas menang dengan majoriti 3,111 undi pada PRU-15 yang lalu.

Sidang DUN Pahang hari ini juga menyaksikan masing-masing 17 ADUN daripada PN dan BN mengangkat sumpah, selain lapan ADUN Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu, ADUN Cheka yang juga Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dipilih sebagai ketua pembangkang bagi sesi sidang DUN kali ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here