Banjir di Terengganu kian pulih, 53 mangsa masih di PPS

0
2

TERENGGANU hampir pulih daripada bencana banjir apabila merekodkan seramai 53 mangsa banjir daripada 12 keluarga yang masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS), hari ini 

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, sebuah PPS yang masih beroperasi itu ialah di Masjid Kampung La di Besut.

Beliau menjelaskan, jumlah mangsa banjir tersebut berkurangan berbanding seramai 138 orang mangsa banjir pagi tadi.

“Ini berikutan PPS Balai Raya Kampung Pantai yang juga di daerah Besut telah ditutup secara rasmi pada pukul 10 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, keadaan cuaca yang baik sepanjang hari ini turut membantu situasi banjir di Terengganu semakin pulih. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here