RM15 juta hanya tajaan aksesori, kos majlis kahwin dibayar sendiri

0
2

TAJAAN majlis perkahwinan RM15 juta yang diuar-uarkan sebelum ini memaksa pelakon Reen Rahim tampil menjelaskan bahawa jumlah tersebut bukanlah perbelanjaan keseluruhan untuk hari bahagianya.

Pemilik nama sebenar Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, itu memberitahu jumlah RM15 juta yang dimaksudkan sebelum ini hanyalah nilai aksesori yang dipakai sepanjang tiga majlis iaitu majlis malam berinai, akad nikah dan persandingan.

“Ramai yang ingat saya dapat RM15 juta untuk buat majlis, tetapi sebenarnya nilai itu adalah aksesori yang saya pakai.

“Semua yang ada pada majlis pernikahan ini saya bayar sendiri. Ia termasuk untuk malam berinai, pernikahan dan resepsi. Bukanlah dapat tajaan untuk perbelanjaan keseluruhan majlis.

“Kalau saya dapat RM15 juta dalam bentuk wang, baik saya sedekahkan pada mereka yang memerlukan,” katanya.

Reen sebelum ini pernah memaklumkan dia menerima tajaan berjumlah RM15 juta hingga menimbulkan kekeliruan ramai yang beranggapan majlis perkahwinannya terlalu mewah dengan kos sedemikian.

Pelakon Tujuh Hari Mencintaiku 3 itu sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 28, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Boraombak Marina, Putrajaya, malam Sabtu.

Reen menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang barang emas.

Majlis persandingan pasangan itu berlangsung dalam gilang gemilang malam tadi, di mana Reen menyarung barang kemas mewah Cerew Jewels. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here