Mangsa banjir di Kelantan menurun

0
2

JUMLAH mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan menurun kepada 10,642 orang sehingga jam 8 pagi ini, berbanding 12,830 orang malam tadi.

Semua mangsa banjir terbabit daripada 3,495 keluarga yang ditempatkan di 29 PPS.

Malah, daripada sembilan daerah yang dilanda banjir sebelum ini, kini tinggal dua daerah saja yang masih dilanda bencana itu iaitu Pasir Mas dan Tumpat.

Berdasarkan Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan, Pasir Mas merekodkan 8,300 mangsa membabitkan 2,720 keluarga yang ditempatkan di 21 PPS.

Tumpat pula merekodkan 2,342 mangsa daripada 775 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS.

Sementara itu, laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my merekodkan, dua sungai utama di negeri itu masih melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang dengan bacaan 9.51 meter (m) dan Sungai Golok di Kuala Jambu merekodkan 2.79 m. – Malaysiapost

Foto Kredit Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here